Wednesday, April 8, 2009

PENTING

1. Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'?
Anda boleh mengatasi kesedihan atau 'depression' anda dengan mempraktikan ciri-ciri berikut :
a. Mengamalkan pemikiran yang positif.
b. Boleh menyelesaikan masalah atau konflik dengan berkesan.
c. Boleh berkomunikasi secara efektif.
d. Bersikap asertif atau tegas diri.
e. Menerapkan nila-nilai kerohanian atau keagamaan dalam diri.
f. Mengujudkan hubungan dan ikatan baik sesama insan.
g. Anda juga boleh mendapat nasihat dan bimbingan dari Pakar psikologi, Kaunselor dan Pakar Psikiatri. Elakkan kesedihan dan tekanan anda berpanjangan tanpa sebarang intervensi dan dapatkan rawatan serta nasihat segera.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental?
Penyakit Mental adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang. Gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.

3. Mengapakah ujudnya stigma dalam kalangan masyarakat terhadap pesakit jiwa?
Stigma berlaku disebabkan kurangnya kefahaman, pengetahuaan dan salah anggapan masyarakat terhadap penyakit dan gangguan yang dialami mereka.

4. Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan?
Jenis-Jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan adalah:- � Neurosis � Psikosis. � Penyakit mental organik seperti nyanyuk. � Gangguan personaliti. � Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif. � Ketagihan dadah dan alkohol. � Percubaan membunuh diri.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis?
Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan �luar biasa�. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan. Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis?
Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis). Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

7. Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental?
Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. Psikoterapi dan kaunseling:- Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Rawatan psikotropik:- Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. Rawatan tingkahlaku:- Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Rawatan elektrokonvulsif:- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi

8. Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap skizoprenia?
Ciri umum gangguan ini adalah : � Gangguan-gangguan pada fikiran dan perhatian pesakit. � Gangguan-gangguan pada persepsi. Dunia ini seakan-akan nampak lain di mata pesakit. � Gangguan-gangguan pada fungsi efek atau perasaan. Mereka sering dilihat dalam kesedihan dan menarik diri dari kumpulan. � Menarik diri dari kenyataan. pesakit sering berkhayal sendiri dan tenggelam dalam dunia batinnya sendiri. � Mengalami delusi dan halusinasi. pesakit merasa yakin bahawa sesuatu akan terjadi pada dirinya (delusi) dan kadang-kadang diikuti oleh pengalaman-pengalaman individu (merasa melihat atau mendengar sesuatu) yang tidak dialami oleh orang lain. Bila keyakinan yang timbul adalah seolah-olah ada orang yang mengejar-ngejar dirinya (merasa akan dibunuh misalnya), maka pesakit mengalami delusi persekusi. Bila pesakit yakin bahawa ia mempunyai kekuatan atau kemampuan luar biasa, ia mengalami delusi grandeur/kekuasaan/kebesaran.

9. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi?
Ianya melibatkan berbagai faktor seperti: � Genetik. � Kimiaotak. � Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangkamasa yang pendek. � Pengalaman hidup di masalalu, pergaulan dengan orang lain atau cara hidup.

10. Siapakah yang boleh mengidap gangguan mental?
la tidak memilih usia, jantina, bangsa atau status sosial.
11. Adakah gangguan mental merupakan kelemahan pemikiran atau kecacatan otak?
Tidak. Ianya adalah sejenis penyakit sama seperti penyakit asma dan kencing manis.

12. Adakah gangguan mental dialami seumur hidup?
Tidak. Apabila rawatan berpatutan diberikan awal dan secara konsisten, kebanyakkan pesakit psikiatri boleh sembuh. Elakan membiarkan pesakit berterusan tanpa intervensi.
13. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri boleh membahayakan?
Tidak. Mereka yang menghidap gangguan psikiatrik jarang boleh membahayakan sekiranya mereka dirawat dan diberikan pemulihan serta sokongan berterusan. Salah faham inilah satu dari punca 'stigma' oleh masyarakat terhadap gangguan psikiatrik.
14. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri perlu diasingkan dari masyarakat?
Kebanyakkan mereka yang menghidap gangguan psikiatri sembuh dengan cepat dan sebahagian besar tidak memerlukan rawatan hospital atau hanya rawatan pesakit luar dan rawatan dalam komuniti sahaja.
15. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan?
Merasa sedih apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran. lanya: � BUKAN kesedihan yang sementara. � TIDAK boleh dihilangkan dengan cuba bergembira. � lanya boleh mengurangkan keupayaan untuk bekerja dan menikmati kehidupan. � Jika TIDAK dirawat, boleh perpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun � Boleh mengakibatan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.
16. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan?
Gangguan keresahan berlaku apabila perasaan resah menjadi semakin meningkat sehingga menjejaskan tugas-tugas harian. Keresahan ini bukanlah terjadi dalam situasi kebiasaan kerana keresahan yang ditunjukan adalah luarbiasa.
17. Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik?
Keresahan berlebihan yang berlaku secara tiba-tiba dikenali sebagai serangan panik dan ianya adalah sangat menakutkan pengidapnya. la menjadikan seseorang merasa amat takut atau amat tidak menyenangkan, yang berlaku dalam beberapa minit atau beberapa jam. la mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, pening, degupan jantung menjadi pantas, berpeluh dan rasa takut akan mati atau menjadi tidak siuman.
18. Apakah dia fobia?
lanya adalah perasaan takut yang berterusan serta tidak dapat dikawal yang berkaitan samada dengan sesuatu situasi atau sesuatu perkara atau benda.
19. Apakah itu penyakit kemurungan?
Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ni boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat, ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
20. Apakah tanda dan simptom penyakit kemurungan?
Simptom Kemurungan adalah: � Kesedihan atau �kekosongan� perasaan yang berpanjangan. � Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan. � Cepat rasa letih dan tidak bertenaga � Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa. � Perasaan bersalah dan tidak berguna � Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur. � Hilang selera makan dan penurunan berat badan. � �Rasa lebih baik mati�, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri. Rasa tidak tenteram dan mudah marah. � Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan. � Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman. Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.
21. Bagaimanakah saya boleh membantu diri saya yang kesedihan?
BANTULAH DIRI ANDA DENGAN:
1 Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu
2 Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
3 Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
4 Jangan menyalahkan diri anda kerana lemah. Kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
5 Bina harapan - Episod kemurungan bukan kekal. Dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh. Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera. Penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.

No comments:

Post a Comment