Tuesday, March 24, 2009

Tq Dr Jazimin, En Taqudin, Dr Fauziah & Kawan2

bersungguh2 dr.j n en.tq main tarik tali

chaiyok2 dr.fauziah

Family day KASIH 09

peserta sukaneka

dr.jazimin

pemain bola jaring


wow..lompat tu


team sem 6


Tuesday, March 10, 2009

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Asrama SMK KKB

Alhamdulillah, bersyukur sgt2 sebab berjaya melaksanakan program seperti yg dirancang. Selama 3 hari 2 mlm kami berkampung di asrama SMK KKB bermula 6-8 Mac 2009.Semoga apa yang dihajatkan menjadi realiti buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih byk2 kpd UBK SMK KKB, cg. Fauzi, cg. Rosli dan cg.Ros. Tak lupa kpd cg.Sidi dan cg.Shana yg byk membantu dan terus memberi sokongan kpd kmi. Kepada pelajar asrama SMK KKB, teruskan perjuangan kalian sebagai pelajar BESTARI PERDANA. Terima kasih semua di atas komitmen dan kerjasama yg diberikan. SELAMAT MAJU JAYA!!!















































































Orang yang telah memperbanyak amal kebajikan



Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya. Maka sesiapa yang memperbanyak jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan sesiapa yang memperbanyak jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang memperbanyak jenis puasa: ia diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang memperbanyak jenis sedekah: ia tetap diseru dan pintu sedekah. " Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a., berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w. menjawab: "Ia, ada. Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."(Bukhari dan Muslim)Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang tinggi yang diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang yang membanyakkan jenis-jenis amal kebajikan yang dilakukannya.Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan, sangatlah dihormati oleh Malaikat Syurga sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang dijagainya.Maksud mengerjakan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan itu ialah: Misalnya seseorang mengerjakan sembahyang fardu ia juga mengerjakan berbagai-bagai sembahyang sunat. Demikian halnya pada amal-amal kebajikan yang lain.Mendengarkan tentang kemuliaan yang besar yang akan di dapati oleh orang yang berbahagia itu, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, r.a., merasa gembira dan meminta penjelasan dari Rasulullah s.a.w., lalu Baginda s.a.w. menerangkannya dan menyatakan harapannya semoga Sayidina Abu Bakar termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung itu.

Wajib bersikap Ikhlas dalam menuntut Ilmu dan Amal Ibadat




Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."( Abu Daud dan An-Nasa'i)Hadis ini menerangkan bahawa:Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.Huraiannya:Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.

Sunday, March 1, 2009

sekadar bingkisan.....bacalah



Maaflah, dlm beberapa hari ni sy stress sgt. Alhamdulillah sy masih boleh mengawalnya. Sy terbaca 1 kisah yg menyentuh hati sy, bacalah.......


Tajuknya KASIH

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan -rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimana pun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah,masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

macammana ????

setiap apa yg berlaku dalam diri kita pasti ada hikmahnya.

Ps :Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom' Hargailah jasa bonda dan ayah.


REMAJA

Remaja….
Ingatlah masa depanmu
Janganlah kau terleka
Di masa remaja

Kenanglah jasa
Ibu dan ayahmu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad dihati
Memajukan diri

Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian

Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua Negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu