Wednesday, February 10, 2010

bersua lg

sory, lama xbuka blog.sibuk sikit bila dah stat prktikum.hehe...penat mengalahkan org lain..btul, xtipu.memang penat.ni dah masuk mggu kedua prktikum.pas ni cuti raya cina semggu.nak balik kg syitah kt sg.petani...hehe xsabor rsanyer...seronok.bolehla hilangkan penat..cuti ni xdela free sgt, byk lg kije yg xberes.okla..tuje dlu.nk smbung tulis laporan ni.tadaaa

Friday, January 22, 2010

salam.....
hari ni kna relief klas lg. Perut sakit, nk buat xtvt xde mood. Bdk2 kurang respect kt kita susahla. Cg ganti, bukan pandai mengajar pon. Aduih, tension bila masuk klas. pelajar kt sini 1 Malaysia, ade yg xpandai ckp Melayu xpe lg, yg xfaham bahasa Melayu tu yg susah. kita bg arahan, mereka buat xtau je...kt sekolah ni, kita kna garang, semua cg pesan mcm tu. kalu x, bdk2 pijak kpala. td ade 1 klas yg sy masuk ganti. sy tegur perangai sorang bdk cina, dia main2 masa sy ckp kt depan klas. lepas tu dia trus buat xlayan, macam xpuas ati r dgn sy. apa yg sy prasan, dia asyik tgk sy. bila sy tgk dia balik, dia cepat2 palingkn muka ke arah lain...hehehe...xpe2, masih ade masa lg..

dh abis relief klas yg kedua, kmi pergi mkn. isi minyak dlu. lepas tu nk kna buat kije lg. mcm2 la kmi kna buat.semua tu pengalaman berharga buat kmi guru kaunseling.ok, esok larian merentas desa, kmi kna jga check point 3.

dh itu je utk hr ni.

Thursday, January 21, 2010

Pengalaman baru 2010




Hari ni dah masuk hari ke-4 saya di SMKRS. Mula2 datang trus jumpa pengetua dan pengetua ajak kami berdua untuk ke tapak perhimpunan. kami diperkenalkan kepada guru2dan pelajar SMKRS. Alhamdulillah, kehadiran kami disambut dengan baik dan mesra.

Saturday, January 16, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum wbt...
Lamanyer x buka blog ni...Macam2 telah berlaku sepanjang tahun 2009, yg pahit ditelan dan yg manis dikenang...

Sekarang saya berada di SMK Rapat Setia,Ipoh.Perak.Kami seramai 6 orang diberi tanggungjawab oleh pihak UPSI untuk menjalani ROS dan Praktikum bermula 18 Januari 2010 dan berakhir 14 Mei 2010. Perasaan bercampur baur, gembira, berdebar dan gementar untuk berjumpa dengan warga SMK Rapat Setia. Hehe...kita sambung nanti ek.

Thursday, November 12, 2009

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum wbt...
Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadat dengan ikhlas hati serta memohon keberkatan dari-Nya.
Sama2lah kita baca dan hayati tazkirah di bawah:

Pertama sekali, suka saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua tentang kubur. Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Suka juga saya mengingatkan diri saya serta rakan-rakan semua tentang racun dengan penawar. Lima jenis racun dan lima penawarnya:
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Kemudian, suka saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua tentang ibu kepada 4 perkara. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu:
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Akhir sekali, suka saya ingatkan diri saya serta rakan-rakan semua supaya berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur’an – Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
1. Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
2. Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
3. Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
4. Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
5. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
Wallahu a’lam.