Monday, April 20, 2009

KISAH 'KASIH SAYANG', 'KEJAYAAN' dan 'KEKAYAAN'

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam."Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah.
"Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk menjadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
Cerita ini dipetik dari laman web Sdra Mansor Adam

Sunday, April 19, 2009

DOA SEWAKTU BERSUJUD & KEISTIMEWAANNYA




Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyak zikir dan doa di dalamnya.


Sabda Rasulullah s. a. w :-

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyak doa di dalamnya.


Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berserI-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA

------------ ---------

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wallahua’lam & Wassalam.

Saturday, April 18, 2009

ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)


10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")


12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.


Sumber : ShukurOrg

PERIHAL AIR MATA




PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

2. Menangis kerana rasa takut.

3. Menangis kerana cinta.

4. Menangis kerana gembira.

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. Menangis kerana terlalu sedih.

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”

Air mata yang tidak dituntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.

2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.

2. Airmatanya berlinang.

3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,

2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,

3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,

4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.

'6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.

7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan

4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Monday, April 13, 2009

Boleh Amalkan

AYAT2 AL QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN:

*Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh (Surah Al Baqarah - Ayat 102)

*Anak2 pandai belajar (Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79)

*Anak2 lembut hati/ elak panas baran (Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24)

*Anak2 malas sekolah (Surah Toha ayat 1-5)

*Ayat pendinding (Ayat akhir surah At Taubah)

*Bg anak2 yg suka keluar malam (Surah Ar Ruum Ayat 31).. Baca 33x

*Untuk jadi pendinding rumah (Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan tuang keliling rumah)


# 1 minit untuk mengingat Allah #

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Kisah...

Kisah Berkat Di sebalik Membaca Basmallah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

KELEBIHAN AL-QURAN



KELEBIHAN AL-QURAN......

Salam...sedikit ilmu untuk di kongsi bersama....disampaikan oleh salah seorang syeikh Arab di bumi anbiya'....moga beliau sentiasa mendapat keberkatan & keredhaan ALLah hendaknya...
SATU: Surah al-Munafiquun merupakan surah yang ke 63 mengikut tertib dari al-Fatihah mewakili 63 tahun usia kewafatan Rasulullah s.a.w. Surah ini juga mempunyai 11 ayat mewakili kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. pada tahun ke 11 hijrah.........
DUA: Para saintis telah menjumpai maklumat hasil dari kaji selidik mereka bahawa besi mempunyai 2 molekul iaitu molekul 57 & molekul 26... Sebenarnya, ALLAH s.w.t. telah lama mencatatkannya di dalam al-Quran melalui surah al-Hadiid...Surah al-Hadiid merupakan surah yang ke 57 mengikut tertib dari surah al-Fatihah mewakili molekul 57 & ALLAH s.w.t. telah menjelaskan berkenaan besi (hadiid) di dalam ayat 25 surah ini....tetapi jika dikira dari basmalah (bismillahirrahmanirrahiim) ayat berkenaan menjadi ayat yang ke 26 mewakili molekul 26............
BETAPA BESARNYA MUKJIZAT AL-QURAN........BERPEGANGLAH DENGAN AL-QURAN (FAHAMI AL-QURAN & BERAMAL DENGANNYA) & SUNNAH RASULULLAH S.A.W. MAKA ANDA TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA....(maka adakah manusia akan mengambil pengajaran....tepuk dada tanya iman....)

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt mengamalkan;Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

KITA BERTANYA



Kita Bertanya!!!!!!

1. KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2. KITA BERTANYA : KENAPA AKU TIDAK
DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216


3. KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT
INI?
AL-QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

4. KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
AL-QURAN MENJAWAB

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

5. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB

" Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah,
supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

6. KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

7. KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT
DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mukmin, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga untuk
mereka...... "
Surah At-Taubah ayat 111

8. KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU
BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan
selain dariNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

9. KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!
AL-QURAN MENJAWAB

"... ..dan janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan
kaum yang kafir."
Surah Yusuf ayat 12

Sunday, April 12, 2009

FORMULA BERDOA MEMOHON JODOH DRPD AL-QURAN


Petikan Dari Website MyJodoh

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,kemudian mengatakan,
atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Friday, April 10, 2009

10 PERKARA LELAKI HARUS LAKUKAN KETIKA AWEK SEDANG PERIOD


1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. Peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. Kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.

6. Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. Bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat.

Wednesday, April 8, 2009

PENTING

1. Bagaimanakah cara yang baik untuk mengatasi masalah 'depression'?
Anda boleh mengatasi kesedihan atau 'depression' anda dengan mempraktikan ciri-ciri berikut :
a. Mengamalkan pemikiran yang positif.
b. Boleh menyelesaikan masalah atau konflik dengan berkesan.
c. Boleh berkomunikasi secara efektif.
d. Bersikap asertif atau tegas diri.
e. Menerapkan nila-nilai kerohanian atau keagamaan dalam diri.
f. Mengujudkan hubungan dan ikatan baik sesama insan.
g. Anda juga boleh mendapat nasihat dan bimbingan dari Pakar psikologi, Kaunselor dan Pakar Psikiatri. Elakkan kesedihan dan tekanan anda berpanjangan tanpa sebarang intervensi dan dapatkan rawatan serta nasihat segera.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Mental?
Penyakit Mental adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang. Gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.

3. Mengapakah ujudnya stigma dalam kalangan masyarakat terhadap pesakit jiwa?
Stigma berlaku disebabkan kurangnya kefahaman, pengetahuaan dan salah anggapan masyarakat terhadap penyakit dan gangguan yang dialami mereka.

4. Apakah jenis-jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan?
Jenis-Jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan adalah:- � Neurosis � Psikosis. � Penyakit mental organik seperti nyanyuk. � Gangguan personaliti. � Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif. � Ketagihan dadah dan alkohol. � Percubaan membunuh diri.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit psikosis?
Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan �luar biasa�. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan. Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna. Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit neurosis?
Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis). Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

7. Apakah rawatan utama bagi mereka yang berpenyakit mental?
Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. Psikoterapi dan kaunseling:- Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Rawatan psikotropik:- Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. Rawatan tingkahlaku:- Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. Rawatan elektrokonvulsif:- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi

8. Skizoprenia merupakan fenomena utama dalam penyakit mental. Apakah ciri-ciri mereka yang mengidap skizoprenia?
Ciri umum gangguan ini adalah : � Gangguan-gangguan pada fikiran dan perhatian pesakit. � Gangguan-gangguan pada persepsi. Dunia ini seakan-akan nampak lain di mata pesakit. � Gangguan-gangguan pada fungsi efek atau perasaan. Mereka sering dilihat dalam kesedihan dan menarik diri dari kumpulan. � Menarik diri dari kenyataan. pesakit sering berkhayal sendiri dan tenggelam dalam dunia batinnya sendiri. � Mengalami delusi dan halusinasi. pesakit merasa yakin bahawa sesuatu akan terjadi pada dirinya (delusi) dan kadang-kadang diikuti oleh pengalaman-pengalaman individu (merasa melihat atau mendengar sesuatu) yang tidak dialami oleh orang lain. Bila keyakinan yang timbul adalah seolah-olah ada orang yang mengejar-ngejar dirinya (merasa akan dibunuh misalnya), maka pesakit mengalami delusi persekusi. Bila pesakit yakin bahawa ia mempunyai kekuatan atau kemampuan luar biasa, ia mengalami delusi grandeur/kekuasaan/kebesaran.

9. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan gangguan mental ini terjadi?
Ianya melibatkan berbagai faktor seperti: � Genetik. � Kimiaotak. � Terlalu banyak perubahan hidup dalam jangkamasa yang pendek. � Pengalaman hidup di masalalu, pergaulan dengan orang lain atau cara hidup.

10. Siapakah yang boleh mengidap gangguan mental?
la tidak memilih usia, jantina, bangsa atau status sosial.
11. Adakah gangguan mental merupakan kelemahan pemikiran atau kecacatan otak?
Tidak. Ianya adalah sejenis penyakit sama seperti penyakit asma dan kencing manis.

12. Adakah gangguan mental dialami seumur hidup?
Tidak. Apabila rawatan berpatutan diberikan awal dan secara konsisten, kebanyakkan pesakit psikiatri boleh sembuh. Elakan membiarkan pesakit berterusan tanpa intervensi.
13. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri boleh membahayakan?
Tidak. Mereka yang menghidap gangguan psikiatrik jarang boleh membahayakan sekiranya mereka dirawat dan diberikan pemulihan serta sokongan berterusan. Salah faham inilah satu dari punca 'stigma' oleh masyarakat terhadap gangguan psikiatrik.
14. Adakah mereka yang mengalami gangguan psikiatri perlu diasingkan dari masyarakat?
Kebanyakkan mereka yang menghidap gangguan psikiatri sembuh dengan cepat dan sebahagian besar tidak memerlukan rawatan hospital atau hanya rawatan pesakit luar dan rawatan dalam komuniti sahaja.
15. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kemurungan?
Merasa sedih apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang menjejaskan kesihatan fizikal, perasaan emosi dan juga pemikiran. lanya: � BUKAN kesedihan yang sementara. � TIDAK boleh dihilangkan dengan cuba bergembira. � lanya boleh mengurangkan keupayaan untuk bekerja dan menikmati kehidupan. � Jika TIDAK dirawat, boleh perpanjangan sehingga beberapa bulan ataupun tahun � Boleh mengakibatan penyakit fizikal dan meningkatkan risiko membunuh diri.
16. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan keresahan?
Gangguan keresahan berlaku apabila perasaan resah menjadi semakin meningkat sehingga menjejaskan tugas-tugas harian. Keresahan ini bukanlah terjadi dalam situasi kebiasaan kerana keresahan yang ditunjukan adalah luarbiasa.
17. Apakah yang dimaksudkan dengan serangan panik?
Keresahan berlebihan yang berlaku secara tiba-tiba dikenali sebagai serangan panik dan ianya adalah sangat menakutkan pengidapnya. la menjadikan seseorang merasa amat takut atau amat tidak menyenangkan, yang berlaku dalam beberapa minit atau beberapa jam. la mempunyai tanda-tanda seperti susah bernafas, pening, degupan jantung menjadi pantas, berpeluh dan rasa takut akan mati atau menjadi tidak siuman.
18. Apakah dia fobia?
lanya adalah perasaan takut yang berterusan serta tidak dapat dikawal yang berkaitan samada dengan sesuatu situasi atau sesuatu perkara atau benda.
19. Apakah itu penyakit kemurungan?
Kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ni boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat, ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
20. Apakah tanda dan simptom penyakit kemurungan?
Simptom Kemurungan adalah: � Kesedihan atau �kekosongan� perasaan yang berpanjangan. � Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan. � Cepat rasa letih dan tidak bertenaga � Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa. � Perasaan bersalah dan tidak berguna � Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur. � Hilang selera makan dan penurunan berat badan. � �Rasa lebih baik mati�, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri. Rasa tidak tenteram dan mudah marah. � Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan. � Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman. Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.
21. Bagaimanakah saya boleh membantu diri saya yang kesedihan?
BANTULAH DIRI ANDA DENGAN:
1 Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu
2 Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
3 Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
4 Jangan menyalahkan diri anda kerana lemah. Kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
5 Bina harapan - Episod kemurungan bukan kekal. Dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh. Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera. Penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.

Sikap JUJUR & USAHA

Jujur kepada tindakan dan usaha juga merupakan sikap yang amat bermakna. Kejujuran memberikan kekuatan biarpun memberi kesusahan kepada diri sendiri. Kisah seorang kanak-kanak yang terpilih menjadi pengganti maharaja ini boleh membuatkan kita berfikir betapa pentingnya kejujuran.Seorang maharaja di negara sebelah Timur semakin meningkat umur dan sudah sampai masanya untuk memilih pengganti yang layak bagi memerintah kerajaannya. Baginda membuat keputusan untuk membuka pencalonan kepada rakyatnya di seluruh negara dan tidak mempedulikan penolong atau anak-anaknya sendiri. Maharaja ini mahu melakukan sesuatu yang berbeza!Pada suatu hari, baginda memanggil anak-anak muda yang pintar, cerdas dan terpilih datang ke taman istana kerana mahu melihat bakal-bakal pewaris takhta. Katanya,“Sudah sampai masanya beta turun dari takhta dan memilih maharaja yang baru. Beta telah merancang untuk memilih salah seorang daripada kamu yang ada di sini, wahai anak-anak muda.”Kanak-kanak ini terkejut!Tetapi maharaja meneruskan titahnya.“Beta akan memberi anak benih kepada kamu semua pada hari ini ... sangat istimewa. Beta mahu kamu menanam biji benih ini, siram dengan air dan jaga betul-betul. Setahun dari sekarang, kamu datang semula ke sini. Beta akan memilih tanaman yang kamu bawa dan beta juga akan memilih salah seorang daripada kamu untuk menjadi maharaja.”Seorang kanak-kanak yang bernama Ling sangat seronok menerima bijih daripada maharaja dan pulang ke rumah lalu menceritakan kepada ibunya apa yang harus dilakukan.Ibu menyediakan pasu bunga dan mencari tanah yang sesuai untuk mempastikan biji benih ini dapat tumbuh dengan baik.Setiap hari Ling akan menyiram pasu bunga dan hatinya sentiasa teruja untuk melihat biji benih tadi tumbuh.Tiga minggu telah berlalu, kawan-kawannya yang lain mula bercakap mengenai biji benih masing-masing yang mula tumbuh. Ling sentiasa memeriksa biji benihnya tetapi tidak ada tanda-tanda hendak membesar atau mengeluarkan tunas.Tiga minggu, empat minggu, lima minggu telah berlalu tetapi tidak ada apa-apa.Sehingga sekarang, rakan-rakannya yang lain bercakap tentang pokok masing-masing yang telah membesar, merimbun dan sangat cantik tetapi Ling telah menyalahkan dirinya kerana membunuh biji benih maharaja. Dia menyesal.Enam bulan berlalu, Ling masih terkial-kial dan berasa malu dengan rakan-rakan setiap kali ditanya apa yang berlaku pada pokoknya. Ling diam sahaja tetapi terus berharap ada pokok yang akan tumbuh nanti.Sampai genap setahun, anak-anak muda yang diberi tugasan oleh maharaja perlu kembali mengadap baginda untuk mempersembahkan hasil masing-masing. Ling memberitahu ibunya yang dia keberatan untuk pergi kerana pasu bunganya kosong, biji benih tak mahu hidup!Seorang ibu yang baik menasihati anaknya. “Pergilah, awak mesti jujur dan beritahu apa yang telah berlaku”. Ling tahu ibunya betul lalu dia mengambil pasu bunga dan beredar ke istana maharaja.Apabila Ling sampai ke taman istana, dia terkejut kerana melihat pelbagai jenis pokok yang berwarna-warni. Cantik dan menarik. Ling meletakkan pasu bunganya yang kosong.Kah! Kah! Kah! Semua rakannya ketawa. Mana pokoknya?Ling menundukkan kepala dan mulai risau apabila maharaja berangkat untuk melihat hasil bakal maharaja, pemegang amanah negara. Dia memilih untuk berada di belakang rakan-rakannya yang lain kerana takut maharaja murka.Apabila berada di hadapan pokok bakal maharaja, baginda terkejut. “Pokok apa yang telah kamu tanam ni, macam-macam jenis. Tapi tak mengapa. Hari ini beta akan memilih bakal pengganti beta.”Semua pasu bunga bakal maharaja ada pokok masing-masing kecuali Ling. Dari celah-celah rakan-rakannya, Ling dipanggil ke hadapan oleh Maharaja.Hati Ling semakin bergetar. “Mahu aku dibunuhnya kerana aku telah gagal!”“Siapa nama kamu?” tanya Maharaja.“Ling.” Ketika ini rakan-rakannya mula ketawa. Lucu.Maharaja mula merah mukanya dan meminta semua sekali diam. Bukan masanya untuk berjenaka dan bergelak ketawa.Baginda melihat ke arah Ling dan membuat pengumuman kepada yang hadir.“Inilah maharaja yang baru, namanya Ling!”Ling tidak percaya. Macam mana dia boleh menjadi maharaja? Biji benihnya tak pernah tumbuh?Maharaja seorang yang bijak. “Setahun yang lalu, beta telah memberi setiap orang bakal pengganti beta sebiji benih. Beta menyuruh kamu menjaga biji benih ini dengan baik, menyiramnya dan bawa balik kepada beta pada hari ini. Tetapi tahukah kamu apa jenis biji benih tersebut? Ia telah dimasak dengan air panas dan tidak akan tumbuh. Apabila kamu dapati biji benih ini tidak tumbuh, kamu gantikan dengan yang lain. Jadi, pada hari ini hanya Ling seorang yang berani membawa pasu bunga kosong kepada beta. Oleh itu, beta memilih Ling sebagai maharaja baru!
”Jika menanam kejujuran, kamu akan mendapat kepercayaan.
Jika menanam kebaikan, kamu akan mendapat persahabatan.
Jika menanam kemanusiaan, kamu akan mendapat penghormatan.
Jika menanam ketekunan, kamu akan mendapat kemenangan.
Jika menanam pertimbangan, kamu akan mendapat keharmonian.
Jika menanam kuat bekerja, kamu akan mendapat kejayaan.
Jika menanam kemaafan, kamu akan mendapat keakraban.
Jika menanam kesabaran, kamu akan mendapat kekuatan dalaman.
Jika menanam keimanan, kamu akan mendapat syurga.
Jika menanam penghinaan, kamu akan mendapat pembelotan.
Jika menanam kepentingan diri, kamu akan mendapat kesepian.
Jika menanam bangga diri, kamu akan mendapat kekecewaan.
Jika menanam kemalasan, kamu akan mendapat kebuntuan.
Jika menanam permusuhan, kamu akan mendapat pemencilan.
Jika menanam ketamakan, kamu akan mendapat kerugian.
Jika menanam fitnah, kamu akan mendapat musuh.
Jika menanam kebimbangan, kamu mendapat kekedutan di wajah.
Jika menanam dosa, kamu akan mendapat neraka.

Doa Adik


"Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin. Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.Suatu ketika si abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki disebabkan mendapatkan bonus dari perusahaannya bekerja.Lalu si abang berdo'a memohon seorang isteri yang sempurna, Allah mengabulkannya, tak lama kemudian siabang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik perangai.Kemudian berturut-turut si Abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang layak, dan lain-lain dengan tikad supaya bisa lebih ringan dalam mendekatkan diri kepada Allah.Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.Sementara itu si Adik tidak ada perubahan sama ekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempati bersama dengan Abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, dan si adik seringkali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.Suatu saat si Abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila dia berdo'a menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a.Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, kerana dia merasa adiknya masih berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.Si adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu.Suatu saat ketika si adik meninggal dunia, si abang terasa sedih kerana sehingga sampai akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi dia merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya sehubungan do'anya yang tidak pernah terkabul.Si abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Solawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:"Ya, Allah. tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abang ku, kabulkanlah segala do'a abang ku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat, " Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya, terharu dan tidak menyangka, ternyata adiknya tak pernah satu kalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Sunday, April 5, 2009

Kem Kelompok

bersama Pn. Paukee

bersama syitah n sheda


keceriaan jelas terpancar di raut wajah






kenapa ng salim tu?

my team: MAWAR

syitah, ai n faiz

me n sheda

sebelum bermula sesi



Selama 3 hari 2 mlm berkampung di Hay Resort Sabak Bernam (3-5 April 2009). Sangat memenatkan tapi enjoy. Tq kpd pensyarah2 yg menyelia dan banyak membantu dalam menjayakan sesi kelompok maraton. Banyak ilmu, input yg diperolehi dan pengalaman menarik dapat dikutip. Tq juga kpd kawan2 yg memberi kerjasama dan komitmen sepanjang kem ini. Kumpulan MAWAR: juri, salim, naezam, syarihan, sheda, far, faiz, ros n syitah, tq semua. We are the best! TAHNIAH sebab kumpulan kita mendapat persembahan terbaik pada malam kebudayaan. Semua watak yg dilakonkan menjadi dan dapat menarik perhatian semua walaupun hari dah lewat malam. Saya terhibur dengan persembahan kumpulan lain. Saya bangga dengan diri saya dan saya bangga dengan anda semua sebagai bakal kaunselor. Tq semua.



lakonan yang mantap dari kawanku..hehe...TAHNIAH krn anda berjaya menggayakan watak tersebut.