Sunday, February 8, 2009

Bingkisan untuk wanita

Bukti kasih sayang Allah S.W.T kepada wanita

Bahagian tubuh wanita yang dianugerahkan nama yang mulia

Dalam tubuh wanita ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Tuhan yang bermaksud Maha Penyayang. Allah S.W.T tidak akan memberikan nama yang semulia itu kepada sesuatu yang hina disisiNya. Sudah tentu Dia akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Rahim ialah penghubung kepada semua makhluk. Di dalam rahim inilah wanita menjaga dan melahirkan ciptaanNya. Anugerah rahim kepada wanita kepada kaum wanita ini adalah bukti mereka dimuliakan oleh Allah S.W.T.

Diberikan pahala yang berterusan

Wanita disebut sebagai kurang daripada sudut agama. Ini bukan bermaksud wanita itu kurang iman dan taqwanya cuma kurang waktu bersolat kerana didatangi haid dan nifas. Namun, oleh sebab pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah tetap juga memberikan pahala mendirikan solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Dosa-dosa mereka akan digugurkan seperti bayi yang baru lahir, kemudian diberikan pahala solat percuma sepanjang berada dalam keadaan nifas. Sekiranya dia bersabar ketika menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya, makin banyak pahala yang disediakan untuknya.

No comments:

Post a Comment